Wahabi - Duri dalam daging

Monday 5 March 2018

Wahabi - Duri dalam daging





Antara sasaran masa pendek wahabi menerusi para pendakwah mereka (Dr, PHD) adalah supaya masyarakat awam menerima mereka sebagai salah satu pegangan yang benar.

Jawapannya pasti boleh jika masyarakat awam tidak belajar dan melihat mereka ini sebagai golongan yang mengikut sunnah sebenar.

Dalam bab akidah mereka meyakinkan orang awam bahawa mereka berpegang sama seperti para salaf, tetapi hakikatnya salaf tidak berpegang seperti mereka.

Antara pegangan akidah mereka ialah mengatakan Allah ada tangan, tapi tangan yang layak pada Allah, Allah ada muka, muka yang layak pada Allah. Allah duduk di atas arasy, duduk yang layak pada Allah.

Ulamak menghukum pegangan sebegini bidaah dan fasik. Sentiasa berdosa setiap saat selagi mana tidak bertaubat. Jadi, bentenglah anak2 kita dengan belajar akidah yang benar untuk dipegang putus, untuk mengharungi zaman fitnah akidah ini. Dan berdoa semoga sasaran mereka tidak berjaya.

Kata tok guru, berdakwah kepada mereka yang sudah terkena virus ini amat menyakitkan, umpama menarik paku di batang pokok. Kadang-kadang paku tak bergerak, tangan kita yang sakit. Jadi, kena banyak bersabar.

Kita memohon kepada Allah supaya diperlihatkan kepada kita kebenaran itu sebagai yang benar, serta dikurniakan kepada kita untuk mengikutinya.

Dan supaya diperlihatkan kepada kita akan kebatilan itu sebagai yang salah, serta dikurniakan kepada kita untuk menjauhinya. Dan supaya tidak menjadikan ia kesamaran kepada kita, lalu kita menurut hawa nafsu.

Dan supaya Allah menjadikan hawa nafsu mengikut apa yang didatangkan oleh Rasulullah ﷺ

www.dahagataqwa.blogspot.com

0 comments :

Post a Comment